Terkadang
ibu mertua itu boleh menjadi musuh yang paling ditakuti oleh menantu,
tetapi selalunya juga ibu mertua boleh menjadi ibu yang kedua bagi
menantu. Hari ini Katakpisang ingin kongsikan satu cerita yang walaupun
agak panjang tetapi sangat mengharukan.
Ceritanya bermula apabila ada seorang wanita berusia 25 tahun yang
menikah dengan seorang lelaki berusia 27 tahun, mereka berdua hidup
dengan sangat susah kerana mereka sangat miskin. Bagi mereka, untuk
melahirkan seorang anak lelaki bukanlah hal yang mudah. Kerana kurang
sihat tubuh badan, kedua ibu dan anak ini akan berada dalam keadaan yang
membahayakan saat sang ibu melahirkan anak. Mereka dikurniakan cahaya
mata tetapi sang
ibu nyaris kehilangan nyawa. Namun nasib si ibu itu baik apabila berjaya diselamatkan doktor ketika bersalin.
Nak
dijadikan cerita, ketika anak mereka sudah berusia 10 tahun, wanita ini
hamil lagi dan keadaan kesihatan yang dialaminya masih sama seperti
ketika dia mengandung anak pertamanya. Kerana penyakit yang dialaminya
masih belum sembuh dan kesan yang dialaminya setelah melahirkan anak
pertama masih tetap ada, wanita ini pun harus menerima kenyataan bahwa
dia akan sukar melahirkan anak keduanya. Ibu mertua dan suami pun
berusaha memujuk wanita ini untuk menggugurkan anak keduanya atas faktor
keselamatan setelah nasihat doktor, tetapi si isteri ini tidak
mengendahkannya. Dia memutuskan untuk melahirkan anak keduanya, walaupun
doktor telah mengatakan bahawa dia menghidap kanser serviks dan jangka
hayat hidup tidak lebih dari 40 tahun. Semenjak itu , ibu mertuanya
selalu menyuruh menantunya untuk menabur beras di jalanan, dan ketika
ditanya untuk apa, ibu mertua dia tidak mengatakan apa-apa selain bahawa
petua itu baik untuk kesihatannya. Sebagai menantu wanita ini pun
turutkan sahaja perintah ibu mertuanya itu dan melakukannya selama
hampir setengah tahun.
